Wednesday, September 5, 2012

Barang hantaran untuk majlis pertunangan/pernikahan

Barang hantaran untuk majlis pertunangan/pernikahan

Amalan berbalas barang hantaran adalah adat Melayu yang menandakan kasih sayang di antara kedua-dua pihak keluarga. Lazimnya, barang hantaran diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan lebih sikit daripada pihak lelaki misalnya 5 dulang untuk pihak lelaki dan 7 dulang pula bagi pihak perempuan.
Biasanya peruntukan untuk pihak lelaki lebih sedikit berbanding pihak perempuan kerana  perlu memberi sebentuk cincin,hadiah tanda mas kahwin@barang kemas.
Bajet untuk memberi barang-barang ini pula lebih bagi pihak lelaki kerana adanya peruntukan untuk sebentuk cincin pertunangan, hadiah tanda mas kahwin atau barang kemas.
Berikut disenaraikan antara barang-barang yang boleh dijadikan hantaran pertunangan / pernikahan bagi pihak perempuan:
  1. Sirih junjung / Sirih dara
  2. Baju Melayu & samping / baju kemeja & seluar
  3. Tali Pinggang dan Wallet
  4. Jam Tangan / Handphone /PDA / iPod / Notebook
  5. Kasut & Stokin
  6. Sejadah, Songkok & Kain Pelekat
  7. Al-Qur'an / Tafsir
  8. Tuala
  9. Perfume
  10. Kuih-muih / pulut kuning / pudding / kek / muffin/ coklat atau manisan dan sebagainya
  11. Bunga Rampai / Potpourri
  12. Buah-buahan
Di bawah ini pula senarai barang hantaran bagi pihak lelaki:
  1. Cincin bertunang/hadiah tanda mas kahwin
  2. Tepak sirih
  3. Barang Kemas
  4. Jam Tangan / Handphone / Kamera / iPod / PDA /Notebook


  1. Sepersalinan pakaian / kain
  2. Kasut
  3. Handbag
  4. Perfume

  1. Sejadah & Telekung
  2. Al-Qur'an / Tafsir
  3. Kuih-muih / pulut kuning / pudding / kek / muffin / coklat atau manisan dan sebagainya
  4. Bunga Rampai / Potpourri
  5. Buah-buahan

0 comments:

Post a Comment